FAM tak terlibat tentukan gaji pemain
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan terlibat dalam menentukan tangga gaji pemain bola sepak negara pada musim 2009.
Demikian kata Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh (gambar).
Katanya keputusan untuk menetapkan gaji pemain diserahkan sepenuhnya kepada persetujuan antara pemain dan persatuan mereka.
"FAM telah menghapuskan peraturan bayaran siling pemain-pemain bagi musim depan yang dicapai pada satu mesyuarat awal bulan ini," katanya kepada Bernama semalam.
Che Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata dengan penghapusan peraturan itu FAM tidak lagi mengawal pemberian gaji minimum dan maksimum pemain.
Dia mengulas mengenai gaji melambung yang diminta sesetengah pemain pasukan negeri ekoran pemain import tidak lagi boleh menyertai liga tempatan musim depan.
Sebelum ini Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad dilaporkan mendedahkan ada pemain yang meminta gaji antara RM8,000 dan RM16,000 sebulan.
Ketika mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu gaji pemain didedahkan, Che Mat berkata ia adalah sesuatu yang tidak wajar dilaksanakan.
"Gaji merupakan perkara peribadi, lagi pun jika didedahkan mungkin mewujudkan perbandingan antara pemain itu sendiri yang akhirnya memberi kesan buruk," katanya.
Che Mat berkata perbelanjaan sesebuah persatuan sebenarnya lebih banyak kepada perbelanjaan penginapan, makanan dan pengangkutan berbanding dengan pembayaran gaji.
"Bagi membolehkan sesebuah pasukan bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana mereka seharusnya mempunyai peruntukan sekurang-kurangnya RM2.5 juta pada satu musim," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment