Pemain Perak mula dipancing negeri lain?
Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
IPOH - Pemain-pemain Perak dikatakan mula dipancing oleh negeri lain bagi menghadapi musim baru bola sepak Liga Malaysia tahun depan.
Dua penjaga gol utama Seladang, Mohd. Hamsani Ahmad dan Nasril Nourdin serta penyerang muda, Razali Umar Kandasamy antara pemain yang dikatakan diintai pasukan lain.
Bagaimanapun, nama pasukan yang cuba memancing ketiga-tiga pemain berkenaan masih samar.
Selain itu, beberapa pemain utama dalam skuad Perak juga sudah berada dalam senarai untuk menyarung jersi negeri lain.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman mengakui semakin ramai pemain skuad Seladang disebut-sebutkan akan berpindah ke negeri lain.
''Saya tidak dapat mengesahkan kebenaran khabar angin itu dan tidak mengetahui negeri yang cuba memancing mereka," katanya di sini, semalam.
Oleh itu, beliau meminta Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) bertindak pantas mengikat para pemain Seladang yang mula menarik perhatian pasukan lain.
''Kemampuan Perak mengharungi Liga Malaysia terjejas jika ramai pemain negeri ini berpindah ke negeri lain," tambahnya.
Perubahan pucuk pimpinan PAFA dijangka berlaku pada pertengahan bulan depan membuatkan tiada sebarang perbincangan rasmi dengan para pemain berkenaan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka menyandang jawatan Presiden PAFA secara rasmi selepas mesyuarat agung PAFA itu.
Jawatan itu kini dipangku oleh Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah dan Steve Darby pula merupakan pengurus dan jurulatih pasukan.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi disebut-sebut sebagai pengurus baru.
Dalam pada itu, Jamil meminta para pemain supaya bersabar sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke pasukan lain.
''Tunggulah sehingga selepas mesyuarat agung PAFA," ujarnya sambil memberitahu pengurusan baru persatuan sudah pasti akan membuat perbincangan lanjut mengenai kedudukan para pemain selepas ini.

No comments:
Post a Comment