Thursday, September 4, 2008

Roslinda rayu khidmat Jurulatih dikekalkan

Kuala Lumpur - Jaguh Lompat bergalah negara, Roslinda Samsu merayu agar khidmat jurulatihnya, Gennady Potapovich dikekalkan dalam usha mempertahankankejuaraan Asia, tahun depan. bagaimanapun, Kesatuan Olahraga amatur Malaysia (KOAM) dikatakantidak berminat menyambung kontrak Potapovich, yang akan berakhir pada 30 September ini.
Menurut Roslinda , dia sudah menghantar surat rayuan kepada KOAM dan MSN meminta agar jurulatih dikekalkan dan berharap permohonan tersebut akan mendapat maklum balas positif. Dia juga meminta KOAM dan MSN supaya membuat keputusan dengan segera kerana dia mahu memulakan program persiapan 2009 secepat mungkin selepas menamatkan cabaran pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Disember ini.