Saturday, September 13, 2008

Air Asia Manfaat kejohanan Piala Dunia

Kuala Lumpur.
Syarikat penerbangan tambang murah terkemuka Asia, AirAsia berpandangan bahawa penyatuannya dengan kejohanan Ping Pong Piala Dunia Wanita satu platform meningkatkan pendedahan kepada jenamanya di rantau Asia terutamanya China.
Kejohanan itu yang dianjurkan buat pertama kali oleh Malaysia bakal menyaksikan pemain pilihan utama wanita di dunia bertanding. Ia akan diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur bermula dari 8 September 2008. Menerusi sokongan terhadap kejohanan ini sebagai penganjur bersama, kami juga mahu memanfaatkan populariti sukan ini untuk memberitahu lebih banyak orang tentang jenama AirAsia, Datuk Tony Fernandes dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, AirAsia telah mewujudkan perkongsian dengan kelab gergasi England, Manchester United dan ini merupakan salah satu rakan kongsi pasukan Formula Satu (F1) AT&T Williams.
Kejohanan Piala Dunia Wanita Ping Pong ini dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM). Sebagai rekod, Kejohanan Piala Dunia Wanita mula diadakan di Hong Kong pada tahun 1996.