Sunday, September 7, 2008

BAM tumpu aspek Sains Sukan

Belajar daripada majoriti kehampaan Sukan Olimpik lalu, Persatiuan Badminton Malaysia (BAM) kini mahu lebih teliti memerhatikan pemain-pemain skuad negara.
Pemerhatian itu bukan bermakna lebih mengongkong pemain tetapi disebalik kian kerap timbulnya isu-isu disiplin membabitkan mereka tetapi lebih kepada usaha memastikan setiap aspek persiapan diterokai semaksimum mungkin.
Apa bakal dilakukan ialah memastikan BAM kenal pemain dengan lebih teliti. ia termasuk menyediakan profil penuh pemain dengan mengambil kira aspek kekuatan dan kelemahan pemain demi tujuan peningkatan, kata setiausaha agung BAM Ganga Rao.
Ia sekaligus bermakna BAM akan lebih memberi penekanan terhadap aspek sains sukan dalam penyediaan profil pemain. Untuk ianya dijayakan, BAM akan meminta bantuan dan kerjasama daripada MSN dan ISN termasuk membantu pembelajaran jurulatih serta pendidikan pemain kearah mencapai matlamat itu.
Ia sejajar pengumuman Presiden BAM yang membayangkan perkara kecil tyerlepas pandang mungkin menyumbang kepada kegagalan membawa pulang pingat emas sulung daripada temasya lalu. Ganga turut membayangkankemungkinan tiadanya rombakan besar-besaran terhadap struktur kejurulatihan sedia ada, kecuali penekanan terhadap aspek sains sukan.
Ketika ini, BAM masih perlukan masa untuk mengkaji daripada semua aspek, termasuk cadangan rombakan struktur kejurulatihan itu. Penelitian itu bakal merangkumi penekanan terhadap penyediaan profil pemain-pemain dalam skuad utama, terutama mereka yang dikenalpasti bakal mendokong cabaran negara untuk bersaing dalam persiapan menghadpai Sukan Olimpik 2012 di London nanti.