Thursday, September 18, 2008

Fergusan Angry with the bias

September 17, 2008

Sir Alex Ferguson accuses Hackett of cheating
We await, with great interest, the response from the powers that be after Sir Alex Ferguson's latest thermonuclear strike.
Accusing Keith Hackett, his longtime drinking partner and best buddy, of showing clear bias towards Chelsea following the rescinding of John Terry's red card from the City game, Sir Alex had the following to say.
"From what I have heard, Keith Hackett has told the referee to rescind the red card and he wouldn't do it. If it had been a Manchester United player, Keith Hackett wouldn't have done this. If the referee has made a mistake, this is going to happen all the time."
Two things. Firstly, starting your defence with the words "from what I have heard" doesn't exactly inspire confidence. It's like hearing a far-fetched conspiracy theory in a pub that starts with the word "Apparently...". Secondly, if Sir Alex is going to maintain his good health as he approaches his 67th birthday, may we humbly suggest that he finds an alternative way of dealing with all that pent-up bile. Think of your blood pressure, Sir Alex.
Posted at 08:59 AM

Menangani masalah peningkatan kolesterol

Menangani masalah peningkatan kolesterol
ADAKAH masakan bersantan dan bergoreng seringkali menjadi hidangan utama semasa anda berbuka puasa?
Hidangan seperti ini bukanlah sesuatu yang jarang, malah menjadi pilihan bagi kebanyakan daripada kita semasa berbuka.
Ini kerana masakan seperti inilah yang menyelerakan dan mendorong kita makan secara berlebihan semasa berbuka.
Pengambilan makanan sebegini yang tinggi dengan kalori dan lemak tepu dan tidak terkawal akan menyebabkan peningkatan berat badan, kolesterol dan gula dalam darah serta gangguan penghadaman seperti kembung perut dan juga sembelit.
Bagi mengatasi masalah kolesterol tinggi, biasanya kita akan mengambil ubat untuk merendahkan paras kolesterol.
Memang tidak dapat dinafikan statin memberi kesan dengan cepat, namun pengambilannya dalam jangka masa panjang sebaiknya dielakkan demi mengelakkan kesan sampingan.
Pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dengan berkesan dan selamat. Antaranya termasuklah perubahan gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat.
Guggulipid merupakan antara alternatif yang sesuai memandangkan kajian menunjukkan sifat antioksida dan struktur kimia guggulipid berupaya mengurangkan paras kolesterol.
Bahan aktifnya, guggulsteron merangsang penyingkiran kolesterol dalam hati dan mengurangkan pelekitan darah.
Ekstrak daripada herba Commiphoral mukul (guggul) ini banyak digunakan di Asia sebagai agen untuk merendahkan paras kolesterol.
Guggulsterone merupakan kompaun aktifnya yang didapati bertanggungjawab yang memberi kesan positif terhadap paras kolesterol.
Ia didapati bertindak sebagai antagonis poten kepada sel reseptor hati yang dipanggil Farnesoid X Receptor.
Guggulsterone dapat merendahkan kolesterol dengan meningkatkan penyingkiran kolesterol dan juga mengurangkan pelekitan darah dan dengan itu, merendahkan risiko penyakit jantung koronari.
Guggulsterone juga boleh bertindak sebagai antioksida untuk mengekalkan kolesterol berbahaya daripada pengoksidaan dan dengan itu membantu merendahkan risiko aterosklerosis (pengerasan dinding arteri).
Malah, secara tradisionalnya ia digunakan untuk meningkatkan kadar metabolisme, terutamanya untuk membakar lemak di kalangan mereka yang mempunyai masalah berat badan. Ini kerana guggulsterone membantu merangsang kelenjar tiroid.

Jadikan Ibadah sebagai aktiviti yang mengurangkan tekanan, Cubalah.

Ibadah kurangkan tekanan
PEPERIKSAAN yang jatuh pada bulan puasa mungkin meningkatkan stres kepada ibu bapa dan pelajar, tetapi ia perlu ditangani dengan cara tersendiri. TEKANAN atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama.
Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Stres merupakan satu tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental (fikiran) kepada peristiwa dalam kehidupan. Ianya berlaku apabila wujudnya kerisauan atau rasa tidak selesa terhadap sesuatu peristiwa.
Memandangkan stres boleh berlaku di mana sahaja, mengikut keadaan tertentu, cara mengatasinya menjadi keutamaan. Sepanjang Ramadan ini, kita berpeluang mengurangkan stres sedia ada dan mengelakkan penambahan stres dengan pelbagai cara, terutamanya meningkatkan ibadah, banyak bersabar dan mengawal tingkah-laku diri.

Pegawai Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khairulnissa Abdul Kadir menegaskan, stres bukannya satu jenis penyakit tetapi adalah tindak balas diri terhadap sesuatu kejadian. “Sebagai contoh, harga minyak naik tetapi gaji tidak naik, boleh menyebabkan seseorang itu stres. “Kanak-kanak juga boleh mengalami stres seperti ketika ibu bapa tidak membenarkannya membeli mainan,” katanya.

Menurutnya, semua orang mengalami stres tertentu tetapi tahap stres berbeza mengikut individu. Tambahnya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berakhir Khamis lalu mungkin memberi tekanan kepada ibu bapa yang risau anak tidak larat menghadapi peperiksaan, dan pelajar pula mungkin stres menghadapi peperiksaan ketika bulan puasa. Pada bulan Ramadan, stres sepatutnya berkurangan berbanding hari-hari biasa dengan peningkatan amalan beribadat, seperti solat tarawih, yang secara rohaninya dapat memberi ketenangan diri.

Namun, tiba pula musim perayaan, stres mungkin kembali meningkat seiring dengan pelbagai permintaan dan keperluan raya, terutamanya membeli keperluan raya (yang kadang-kala kurang perlu) dan semestinya duit raya untuk kanak-kanak (atau mereka yang fikir diri masih muda).
Khairulnissa menjelaskan tanda stres sepatutnya mudah dikesan, terutamanya oleh rakan yang rapat atau pasangan hidup. ‘‘Mereka yang tertekan biasanya kurang selera makan, kurang atau lebih tidur, letih atau lesu, perubahan tingkah laku dan kurang minat melalui aktiviti harian.
‘‘Bagaimanapun, tanda-tanda ini tidak hadir pada semua individu yang tertekan dan berbeza-beza mengikut individu terbabit,” ujarnya.
Mencari punca
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mengetahui apa masalahnya dan apa puncanya terlebih dahulu. Oleh itu, untuk menangani stres, puncanya juga perlu dikupas dan difahami sebelum kaedah sesuai dapat ditentukan untuk mengatasinya.

Menurut Khairulnissa, antara punca stres adalah diri sendiri iaitu personaliti individu kerana ada sesetengah orang yang lebih mudah stres berbanding orang lain. “Individu yang berperwatakan serius lebih mudah stres berbanding mereka yang ‘sambil lewa’ (happy go lucky).

“Oleh itu, personaliti diri perlu dikenali terlebih dahulu untuk menilai punca stres, terutamanya untuk mereka yang mempunyai masalah personaliti atau rendah harga diri,” jelasnya.
Katanya, stres juga mungkin datang dari punca luar seperti masalah rumah tangga, jiran kurang ‘berhemah’ dan pekerjaan. Khairulnissa menjelaskan tempoh waktu bekerja yang lebih lama dari masa yang dihabiskan dengan keluarga mungkin meningkatkan tahap stres seseorang.
“Di bulan puasa dan menghampiri Hari Raya Aidilfitri ini, berjauhan dengan keluarga mungkin menyebabkan ramai yang stres kerana merindui orang tersayang.

“Stres juga boleh berlaku akibat kesesakan lalu lintas, kesukaran pulang ke kampung atau punca biologi seperti pesakit yang menghidap kanser,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pesakit (tidak kira apa jua penyakit) akan mengalami stres fizikal dan mental disebabkan penyakit itu, sementara keluarga pesakit pula akan mengalami stres kerana bimbangkan kesihatan orang tersayang.
Bagaimanapun, punca utama stres seringkali berkait rapat dengan duit dan kestabilan kewangan seseorang, terutamanya pada musim perayaan.
Menangani stres
Bukan hanya tahap dan tanda stres berbeza mengikut individu, malahan cara untuk mengatasinya juga berbeza mengikut kecenderungan individu terbabit.
Sesuatu yang agak pelik atau biasa bagi orang lain mungkin menjadi penawar bagi sesetengah individu mengatasi stres.
Khairulnissa menjelaskan tindak balas individu terhadap stres amat penting dan menjadi keutamaan bagi mengelakkan stres bertambah sehingga tidak dapat dikawal lagi.
“Teknik untuk mengawal stres berlainan mengikut individu, tetapi perlu ditangani secara positif. Pemikiran positif membolehkan kita melihat situasi dari sudut yang positif walaupun ia berbentuk atau bersifat negatif.
“Jangan dibiarkan stres terkumpul terlalu banyak kerana ia boleh membawa kepada kebimbangan (anxiety), dan seterusnya mungkin membawa kepada kemurungan,” tegasnya.
Menurutnya, jika stres dibiarkan mencapai tahap kemurungan, keadaan lebih sukar untuk dibantu dan mungkin memerlukan pengambilan ubat atau rawatan khas.
Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia juga mempunyai modul pengurusan stres tersendiri dengan ujian soal selidik (DASS) dan ujian personaliti untuk menentukan stres, kebimbangan dan kemurungan.
Selain itu, terdapat juga modul dari Kementerian Kesihatan bagi melatih remaja berfikiran positif, dan mengatasi tekanan rakan sebaya (peer pressure), terutamanya dalam mengikut aktiviti negatif seperti ponteng sekolah atau merokok. Khairulnissa menjelaskan ketegasan diri juga bagus untuk menangani atau mengelakkan tekanan rakan sebaya yang negatif.

“Orang yang tegas diri, lebih tenang dan dapat mengawal stres dengan baik. Individu yang mempunyai ketegasan diri juga tidak akan mencabar hak orang lain,” katanya.
Tambahnya lagi, kemahiran komunikasi antara individu juga perlu dikuasai supaya sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan secara positif. Pada waktu tekanan hidup memuncak, jaringan sosial dan peranan rakan yang rapat dan pasangan hidup amat penting. Sekurang-kurangnya menjadi tempat meluahkan perasaan, rakan atau pasangan hidup dapat membantu seseorang mengurangkan stres.
Khairulnissa menyarankan mereka yang mengalami tekanan perlu berbincang atau berkongsi masalah dengan seseorang yang rapat dengan mereka. “Rakan atau pasangan menjadi tempat yang baik untuk meluahkan perasaan tetapi jangan pula mereka, atau mana-mana pihak, dijadikan tempat melepaskan stres (geram) anda. “Rakan dan pasangan juga dinasihatkan memberi sokongan pada waktu tekanan memuncak dalam hidup seseorang. Jangan pula menjadi penambah stres orang lain yang sudah cukup tertekan,” tegasnya.

Menurutnya, individu yang stres juga boleh mengurangkan tekanan dengan menonton televisyen (TV) atau mendengar radio. Tambahnya, TV dan radio merupakan satu jaringan hubungan atau medium komunikasi yang memaklumkan kejadian di luar dan ini dapat membantu mengurangkan stres bagi sesetengah individu. Bulan Ramadan dapat menenangkan hati dan minda selain perut kita. Dengan meningkatkan ibadat seperti solat sunat, tekanan dapat dikurangkan dan masalah yang dihadapi dapat dilupakan untuk seketika.
Bagaimanapun ketenangan Ramadan tidak boleh dijadikan alasan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi, bagi mengelakkannya berpanjangan. “Sebagai contoh, jika menghadapi masalah untuk balik beraya di kampung sendiri atau pasangan, eloklah dibincangkan daripada dibiar berpanjangan. “Namun tidak dapat dinafikan, ibadah (agama apa sekalipun), bagus untuk menangani stres,” ujarnya.

Stres yang positif
Stres juga ada manfaatnya dan dalam keadaan tertentu menjadi satu keperluan. Hormon adrenalina yang dibebaskan ketika dalam keadaan tertekan bukan sahaja mempercepatkan denyutan jantung tetapi turut meningkatkan kepekaan deria badan. Khairulnissa menjelaskan, pembebasan hormon tersebut turut meningkatkan prestasi badan, menjadikan kita lebih cergas dan pantas.
“Jika diambil secara positif, stres ada juga baiknya. Stres yang meningkatkan prestasi badan mungkin dapat memberi motivasi untuk bekerja lebih keras, terutamanya untuk ahli sukan yang perlu ‘pergi lebih pantas’ atau berucap di khalayak ramai. “Namun, terlalu banyak stres dan hormon adrenalina juga tidak baik kepada badan. Jika tidak dapat dikawal, perkara yang positif ini akan menjadi negatif dan akan meninggalkan kesan jangka panjang kepada badan,” katanya.
Tahap, tanda dan cara menangani stres berbeza mengikut individu. Terpulang kepada individu itu sendiri dan orang di sekitarnya untuk mengenal pasti stres yang dihadapi, dan memilih untuk mengatasinya dengan cara yang positif. Ramadan membawa ketenangan, tetapi tidak menghilangkan stres sepenuhnya. Amati cara terbaik untuk diri anda menangani stres, bukan sahaja ketika berpuasa, malahan bila sahaja stres melanda.

Berpuasa masih boleh bersenam

Berpuasa masih boleh bersenam
Oleh Roslah Othman
SENAMAN vertical traction iaitu menarik pemberat ke bawah merupakan senaman yang sesuai untuk jantung, kaki dan belakang badan.
BERSENAM di bulan puasa? Oh, tidak! Mungkin itulah yang keluar daripada mulut sesetengah individu yang berpendapat mereka perlu mengurangkan atau menghentikan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersenam buat seketika kerana bimbang kepenatan, lapar dan dahaga di bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun, Pengurus Kecergasan Fitness First, Simran Latiff, menolak tanggapan tersebut sambil menegaskan senaman masih perlu diteruskan walaupun ketika berpuasa bagi meningkatkan kadar metabolisme, selain mengekalkan tahap kecergasan agar tidak menurun dan memudahkan seseorang itu menjalani latihan fizikal seterusnya.
Katanya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk seseorang itu mengehadkan aktiviti mereka termasuk melakukan senaman.
“Jika tidak melakukan senaman, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Simran berkata, sekiranya seseorang itu tahu kebaikan meneruskan senaman pada bulan puasa yang mampu memaksimumkan pembakaran kalori terutama yang sumbernya datang daripada lemak, pasti mereka mahu melakukannya apatah lagi jika telah terdapat keinginan untuk mendapatkan bentuk badan sempurna.
Menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana senaman di bulan puasa, katanya, secara umumnya pengambilan kalori pada bulan puasa akan berkurangan kerana pembakaran lemak berlaku secara maksimum.
“Pada hari biasa, ketika kita bersenam badan memerlukan kalori untuk dijadikan tenaga dan pada 20 minit pertama, tenaga itu datang daripada kalori karbohidrat terlebih dahulu. Selepas 20 minit pertama, barulah badan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.”
Disebabkan berpuasa, jelasnya, kalori karbohidrat dalam badan secara tidak langsung akan berkurangan dan secara semula jadi badan terus menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga tanpa memerlukan 20 minit pertama. Dari situ, ia dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan seseorang.
Menerangkan cara dan bagaimana aktiviti senaman boleh dilakukan, kata Simran, sepanjang bulan puasa senaman boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu dengan sekurang- kurangnya 30 minit sekali senaman.
Ia agak berbeza di bulan biasa iaitu perlu dilakukan lebih kerap dan memerlukan antara 30 minit hingga satu jam setiap senaman.
Lebih penting kata Simran, dalam tempoh 30 minit itu individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat-peringkat seperti senaman memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal dan berjalan kaki.
Bagi membentuk kardiovaskular (berjalan, joging atau berbasikal), penggunaan tenaga pada tahap maksimum perlu diselaraskan mengikut tahap latihan yang sesuai.
Bagi latihan pembentukan otot, seseorang itu dinasihatkan agar melakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha.
Bagi setiap otot, latihan boleh dilakukan sebanyak satu atau dua set dan setiap satu set sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot.
Senaman katanya, boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai.
Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan threadmill atau kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama kira-kira 10 hingga 15 minit.
Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, kata Simran pastikan makanan yang dimakan semasa berbuka telah benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurang setengah hingga satu jam selepas makan.
“Cuba elakkan berbuka dengan mengambil makanan berat, sebagai contoh nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan agar hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman,’’ ujarnya lagi,
Simran menambah, melakukan senaman kardio selama kira-kira 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan.time shown

Resah Roslinda Terjawab

Jurulatih Belgium bimbing Roslinda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah memilih jurulatih dari Belgium, Ely Van Vlierberghe untuk melatih atlet lompat bergalah negara, Roslinda Samsu.
Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim berkata, jurulatih baru berusia 56 tahun itu merupakan bekas atlet yang pernah melakukan lompatan setinggi 5.1 meter.
"Kami telah memilih seorang jurulatih dari Belgium bagi melatih Roslinda. Pemilihan jurulatih itu kerana dia mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan boleh membuat laporan prestasi atlet untuk dihantar kepada KOAM dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Selain itu, dia telah berjaya melatih beberapa orang atlet lompat bergalah yang berjaya seperti Patrick Desruelles dari Belgium dengan lompatan 5.60 meter dan Dirk Ledegen dengan lompatan 5.45 meter," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Karim berkata, Vlierberghe adalah seorang atlet bergalah sejati dan mula menjadi jurulatih profesional sejak 1979.
Malah, jelas Karim, khidmat jurulatih Belgium itu turut mendapat rujukan dan sokongan daripada bekas juara lompat bergalah dunia, Sergei Bubka.
Katanya, KOAM terpaksa mengambil tindakan tegas tersebut bagi terus menggilap keupayaan yang dimiliki oleh Roslinda.
Jelas beliau, pihaknya telah memberi peluang kepada Roslinda dan jurulatihnya sebelum ini untuk mempamerkan persembahan terbaik tetapi ia gagal dilaksanakan.
Tambahnya, kadang kala atlet negara tidak faham dengan situasi dan usaha dilakukan oleh persatuan untuk mereka.
Sementara itu, Karim berkata, pihaknya juga berminat mendapatkan khidmat jurulatih dari Armenia, Robert Dmmiyan bagi membangunkan sukan lompat jauh di negara ini.

Malaysia Bermula Dengan Yakin

Malaysia bermula dengan yakin.

KUALA LUMPUR - Skuad negara mengorak langkah sulung yang meyakinkan dalam perlawanan pertama siri persahabatan bola sepak di Slovakia, kelmarin dengan diikat 2-2 oleh kelab Liga Perdana tuan rumah, Rimavska Sabota.
Malah, ketua pasukan negara, Shukor Adan bagaikan tidak terjejas dengan penggugurannya oleh Selangor, menanduk masuk gol pertama hasil sepakan sudut sayap kanan, Amirulhadi Zainal pada minit ketiga perlawanan di Stadium Rimavska.
Sekali pun dirapati tuan rumah menerusi jaringan Cizar Martin pada minit ke-38, Malaysia kembali di depan kira-kira tiga minit babak kedua bersambung apabila sayap kirinya, Ashaari Shamsuddin menyudahkan sepakan sudut Zairo Anuar Zailani.
Malangnya, sepakan bebas Zivanovic Nenad yang berasal dari Serbia menembusi gawang kawalan Syed Adney Syed Hussein untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-60 lantas menghampakan skuad bimbingan B. Sathianathan ini.
Malaysia turut beroleh satu peluang keemasan pada penyerang utamanya, Safee Sali yang hanya berdepan satu sama satu tetapi sepakannya di padang yang agak licin sempat ditepis keluar oleh penjaga gol kelab bahagian dua negara Eropah Timur itu.
Sathianathan dalam kiriman e-melnya berkata: ''Penguasaan bola kita bagus pada babak pertama sehingga beberapa peluang dicipta dan diuji ke gawang lawan. Gandingan tiga penyerang, Safee dan diapit oleh Zaquan Adha Radzak serta Nizaruddin Yusof bergerak baik tetapi benteng lawan bertahan kukuh.
"Babak kedua, saya mengubah kesebelasan utama tetapi mereka tetap bermain sebagai satu unit dan padat khususnya Ashaari yang kerap mencipta peluang serangan. Saya gembira dengan persembahan pasukan walaupun mereka tidak mencapai tahap kecergasan penuh.''
Menurut Sathianathan, aksi persahabatan kedua anak buahnya dijangka bertambah getir apabila diuji oleh sebuah kelab bahagian satu Liga Super Slovakia, Slovan Bratislava di Stadium Vion, hari ini. Tiga kelab lagi yang menanti ialah Lucenec FC, MFK Ruzeomberok dan FC Nitra.
Malaysia membuka kem latihan di Slovakia sebagai persediaan menghadapi Pestabola Merdeka Ke-40 dari 15 hingga 25 Oktober ini selain Piala Cabaran Grand Royal Myanmar (November) dan Piala Suzuki AFF di Thailand dari 5 hingga 28 Disember ini.

Alex Pray For Win

September 18, 2008

The previous five teams to defend the Champions League trophy have not fared well in the attempt and last night Manchester United discovered why. The monumental effort of winning the thing, coupled with defending it and maintaining an assault on the domestic title, is gruelling beyond belief, even for a collective of the world’s finest players. In the past four seasons, AC Milan, Barcelona, Liverpool and Porto did not make it beyond the knockout round of 16 as champions of Europe; five years ago, Milan were knocked out in the quarter-finals.

With Cristiano Ronaldo involved from the substitutes’ bench for the first time this season, the match represented a final chance for the rest of United’s squad to prove that they are a vital force without him and the opportunity was missed. United looked tired, again. Perhaps this was the result of having too many players — Gary Neville, Nani and Owen Hargreaves — coming back from injury. Maybe it is the hangover of a season that ended in the small hours in Moscow in May in a finale that would have left them drained, physically and emotionally.

It could simply have been the lack of wit in midfield, with Paul Scholes and Michael Carrick absent. Either way, something is missing from United and Sir Alex Ferguson, the manager, must hope that it is only Ronaldo, and not a deeper malaise.
United will not press the panic button after a single draw in a group schedule of six matches, nor should they. There is plenty of time to make amends and two teams qualify, but a side picked with one eye on the match away to Chelsea at the weekend demonstrates the demands on the Barclays Premier League elite. As well as the ring-rusty inclusions, key players were rested because Ferguson thought that he had enough to beat Villarreal, but the Spanish team proved surprisingly resilient.

They were the last side to get a result in the Champions League at Old Trafford — in the 2005-06 season when United failed to get out of the group, for those who believe in doomy portents — and defended with spirit, even if little was threatened. Ronaldo arrived in the 61st minute, but even he could not break them down, although United looked a different team once he was on the pitch.
His reception was a pre-match talking point, but there was no hint of resentment from Old Trafford loyalists, despite dire warnings that the player would never be accepted as a true Red again after his summer dalliance with Real Madrid. Fans are a pragmatic lot.
By the time Ronaldo was introduced for Park Ji Sung, the match was drifting to such an extent that he could have warmed up in a Real tracksuit and still got roars of encouragement. Faced with a stalemate, the supporters saw not a traitor, but a guy who could win a match that was heading for a draw. Ronaldo got the biggest cheer of the night, and did his utmost to justify it.
Chelsea will not have enjoyed this first glimpse of last season’s Footballer of the Year. Far from looking a player who had missed pre-season and not kicked a ball since June, Ronaldo was an inspiration and had a big say in the two chances that could have earned United a late winner.
He looked as if he had never been away, in fact, switching flanks, always available, ever on the lookout for mischief. In the 71st minute, it was his fine pass to Wayne Rooney that put the England striker away before he crossed to Carlos Tévez at the far post. The Argentina forward shot sharply, but Diego López, the Villarreal goalkeeper, got just enough on the ball to slow it a fraction, enabling González Rodríguez, the right back, to clear on the line.
In the 82nd minute, a cross by Ronaldo from the right was met by Jonny Evans, the defender spurning the chance to be the hero of the night with a diving header that struck a post. He will play against Chelsea in place of the suspended Nemanja Vidic, though, and justified his inclusion with a solid performance.
Perhaps it might have been different had Rio Ferdinand, Evans’s centraldefensive partner, not spurned the chance of the night after eight minutes. Had United scored early, Villarreal’s ordered plan might have collapsed and the champions of Europe might have stormed through as easily as Chelsea did against Bordeaux on Tuesday. Instead, Ferdinand — the one player exempt from criticism by Ferguson after Saturday’s defeat by Liverpool at Anfield — flapped when the ball from a corner by Hargreaves fell at his feet and shot wide. United also had a strong penalty appeal for a foul on Park turned down.
Villarreal were dogged, but it was clear that United were not going to be troubled much in defence and the occasional intervention from the ageing Robert Pires aside — up against Neville on the flank, it reminded of one of those veterans’ games, a blast from the past from two players who enjoyed fantastic battles in the days when Arsenal and United appeared to contest every title — Villarreal barely threatened.
It was a surprise when, in the 59th minute, the visiting team struck a post through Guille Franco, the striker, after one of the night’s best passing sequences. It ended with a cross whipped in by Ángel López that Franco met with an intricate back-heel flick. The ball struck the inside of a post with Edwin van der Sar beaten. Needing no further warning, Ferguson brought on Ronaldo.
Later, the United manager expressed his satisfaction with the performance — a contrast to Luiz Felipe Scolari, of Chelsea, who was angry at his players after a 4-0 win the previous evening — but he will know that this should have been three points for United. That has been the dividend from the first home Champions League match over the previous nine seasons. Ferguson will hope that it is not another omen for the champions of Europe.