Tuesday, September 23, 2008

Dato' Azzuddin letak Jawatan

Minta presiden selesai kemelut
TIDAK layak memegang jawatan Setiausaha Agung FAM?
Itu yang disifatkan oleh beberapa bekas kakitangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Datuk Azzuddin Ahmad selepas mereka diarahkan dan 'terpaksa' meletakan jawatan daripada badan induk bola sepak negara itu.
Mereka berkata sejak bertugas di bawah kepimpinan Azzuddin, mereka bagaikan bekerja di bawah pemerintahan diktator.
Sehubungan itu, mereka mahu Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah campur tangan untuk membuat perubahan bagi menyelamatkan maruah badan induk bola sepak negara itu.
Salah seorang bekas kakitangan FAM yang enggan namanya disiarkan menyifatkan Azzudin terlalu tegas tidak bertempat terhadap kakitangan dan menjadikan FAM sebagai 'kem tentera'.
Menurutnya, amalan cara pemerintahan 'tentera' yang digunakan oleh Azzuddin menjadi punca utama hampir sembilan orang kakitangan lama dan baru mengambil keputusan meletak jawatan.
"Bayangkan tidak sampai setahun beliau (Azzuddin) dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM, hampir sembilan kakitangan lama dan baru mengambil keputusan letak jawatan.
"Memang kami tidak tahan dikerah bekerja bagai 'tentera' oleh Azzuddin sedangkan beliau kena faham FAM ini adalah sebuah persatuan sukan," katanya.
Beliau menambah, ketegasan yang diamalkan oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan itu tidak kena pada tempatnya.
Katanya, sebarang urusan dengan wakil-wakil daripada persatuan bola sepak negeri sering tergendala kerana arahan Azzuddin.
"Setiap wakil persatuan negeri terpaksa buat temu janji nak jumpa mana-mana kakitangan FAM, mereka kena tunggu di lobi dan dapat kebenaran baru boleh buat urusan.
"Situasi ini tidak pernah berlaku di FAM kerana sebelum ini kita mudah buat urusan dengan wakil daripada persatuan bola sepak negeri," katanya.
Seorang lagi kakitangan yang turut namanya enggan disiarkan berkata, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah telah melantik orang yang salah untuk memegang jawatan Setiausaha Agung FAM.
Beliau yang diarahkan meletakan jawatan oleh Azzuddin berkata, pengalaman 'tentera' yang cuba diterapkan olehnya tidak sesuai buat sebuah persatuan sukan.
"Memang benar beliau bekas pemain bola sepak tetapi malangnya beliau tidak tahu mengenai pengurusan sukan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta Sultan Ahmad Shah membuat pertimbangan wajar bagi menyelamatkan FAM daripada terus dibelenggu pelbagai masalah.

No comments: