Friday, September 26, 2008

Manchester City tersungkur


SUKAN
'Salahkan diri sendiri'
LONDON - Pengurus Manchester City, Mark Hughes (gambar) mengakui, anak buahnya perlu menyalahkan diri sendiri selepas tersingkir pada kempen Piala Liga.
City yang disebut-sebut bakal menjadi pencabar utama musim ini tewas 3-5 kepada kelab Divisyen Satu, Brighton & Albion menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan kedua kelmarin.
Sebelum itu, pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 pada aksi di Stadium Withdean kelmarin.
Kekalahan itu adalah satu peringatan awal kepada City yang baru diambilalih oleh Abu Dhabi United Group (ADUG) bahawa wang tidak mampu membeli kejayaan.
Kini Hughes mengakui mereka perlu menyalahkan diri sendiri ekoran kekalahan tersebut.
Pada aksi kelmarin, City hampir memenangi perlawanan itu selepas pemain tengah Switzerland, Gelson Fernandes meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-64.
Namun kesilapan benteng pertahanan memaksa City bermain dalam masa tambahan apabila Glen Murray berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-89.
Joe Anyinsah meletakkan Brighton di hadapan pada minit kelima masa tambahan dan dan City perlu menunggu hingga minit ke-108 untuk memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti hasil jaringan pemain tengah, Stephen Ireland.
"Saya fikir kami lebih banyak menguasai perlawanan tetapi kami mempersia-siakan peluang itu.
"Malangnya kami sekali lagi melakukan kesilapan pada masa tambahan, sekali gus memaksa perlawanan berlanjutan hingga penentuan sepakan penalti.
"Bagaimanapun selamat berjaya kepada Brighton. Ia bukan sesuatu yang kami ingin lakukan." - AFP

1 comment:

aiShaH said...

saya tak nak u cut and paste dari internet.. develop back this article use your own word