Friday, September 26, 2008

Real Madrid menyinar

Hatrik Van der Vaart julang Real
MADRID - Bintang baru Real Madrid, Rafael van der Vaart meledak hatrik untuk membantu pasukannya membelasah Sporting Gijon 7-1 pada aksi Liga Sepanyol kelmarin.
Van der Vaart memulakan aksi cemerlangnya di Stadium Bernabeu kelmarin dengan dua gol awal pada minit ke-18 dan 33 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-47.
Penyerang veteran Real, Raul menambah dua gol dengan Gonzalo Higuain serta Arjen Robben masing-masing menjaringkan satu gol untuk melengkapkan malam derita buat Sporting, iaitu pendatang baru dalam kempen Liga Sepanyol musim ini.
Real kini melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan, satu mata di belakang Villarreal.
Villarreal sebelum itu meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Racing Santander 2-0 hasil jaringan Joan Capdevila dan Joseba Llorente.
Atletico Madrid pula mengekori di tempat ketiga juga denan mengumpul sembilan mata selepas menewaskan jiran terdekat, Getafe 2-1 hasil kesilapan pemain pertahanan David Cortes yang menjaringkan gol sendiri lapan minit sebelum wisel penamat.
Sementara itu, jaringan pada minit ke-80 menerusi Eidur Gudjohnsen membantu kemenangan 3-2 Barcelona ke atas Real Betis.
Sebelum itu kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan Barca mendahului dua gol menerusi Samuel Eto'o sebelum Betis menyamakan kedudukan hasil jaringan Luciano Monzon dan Jose Mari.
"Kami hilang tumpuan pada awal babak kedua dan kami hampir menerima padah," kata jurulatih Barca, Pep Guardiola.
"Saya perlu memberitahu bahawa saya gembira dengan cara kami bermain pada babak pertama dan juga reaksi kami apabila kedudukan terikat 2-2." - Reuters

1 comment:

aiShaH said...

baca keratan akhbar yang u berminat.. fahami rencana/tulisan tersebut then gunakan ayat you sendiri untuk menceritakan semula berkenaan rencana yang di baca